Habbatus Sauda yang Istimewa Leave a Comment / Habbatussauda / By admin Habbatus Sauda (nigella Sativa), ada yang sebut habatusauda, ada yang panggil jintan hitam, black seed, bijian hitam dan macam-macam lagi panggilan semuanya merujuk kepada satu tumbuhan yang sama. Nama Habbatus Sauda adalah dalam bahasa Arab yang mana habbah bermaksud bijian sauda bermakna hitam. Ia sememangnya banyak tumbuh secara semulajadi di kawasan timur tengah dan sebahagian benua Afrika. Maka tak pelik la namanya yang popular adalah dalam bahasa Arab. Habbatus Sauda selalu dikaitkan dengan rawatan dan makanan kesihatan islam atau Sunnah. Ini mungkin sedikit sebanyak ada hubungkait dengan hadith nabi saw yang memberi maksud Habbatus Sauda ini mampu membantu mengubati pelbagai jenis penyakit. Banyak kajian saintifik yang telah dijalankan ke atas Habbatus Sauda yang mana hasil kajian tersebut sememangnya tidak lari daripada hadi...