Habbatus Sauda yang Istimewa
Habbatus Sauda(nigella Sativa), ada yang sebut habatusauda, ada yang panggil jintan hitam, black seed, bijian hitam dan macam-macam lagi panggilan semuanya merujuk kepada satu tumbuhan yang sama. Nama Habbatus Sauda adalah dalam bahasa Arab yang mana habbah bermaksud bijian sauda bermakna hitam. Ia sememangnya banyak tumbuh secara semulajadi di kawasan timur tengah dan sebahagian benua Afrika. Maka tak pelik la namanya yang popular adalah dalam bahasa Arab.
Habbatus Sauda selalu dikaitkan dengan rawatan dan makanan kesihatan islam atau Sunnah. Ini mungkin sedikit sebanyak ada hubungkait dengan hadith nabi saw yang memberi maksud Habbatus Sauda ini mampu membantu mengubati pelbagai jenis penyakit. Banyak kajian saintifik yang telah dijalankan ke atas Habbatus Sauda yang mana hasil kajian tersebut sememangnya tidak lari daripada hadith tersebut.
Mengikut Ibnu Sina dalam kanun kesihatan, Habbatus Sauda ini mampu memberikan tenaga kepada tubuh badan dan mampu memulihkan tubuh daripada keletihan. Orang arab menggunakan Habbatus Sauda sejak zaman berzaman dalam mengubati pelbagai penyakit seperti asma, keradangan, darah tinggi, diabetes, kenser dan juga meningkatkan penghasilan susu ibu.
Para penyelidik dari Pusat Kimmel Cancer, Universiti Thomas Jefferson, Philadelphia telah menemui ekstrak Nigella sativa iaitu thymoquinone sejenis komponen kimia yang mengandungi bahan antioksida. Justeru, ia dapat menghalang pertumbuhan sel kanser pada pankreas serta membunuh sel kanser melalui proses apoptosis.
Dr. Peter Schleicher, seorang pakar Immunologi mengesahkan kandungan asid linoleik dan asid g-linoleik dalam N.sativa mampu menstabilkan sel membran dan prostaglandin yang menghalang masalah keradangan. Tindak balas ini meningkatkan sistem keimunan tubuh badan yang memberi pertahanan dari dijangkiti penyakit seperti demam, batuk dan migraine.
Selain itu, mengikut kajian dari Jabatan Fisiologi, Pusat Perubatan Ghaem dan Universiti Sains Perubatan Mashhad, rebusan ekstrak N.sativa dipercayai membantu penyembuhan penyakit asma apabila diambil secara berterusan. Kajian dari Hospital King Fadh University Al-Khobar Arab Saudi menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ekstrak N.sativa yang bertindak sebagai perencat aktiviti Helicobacter pylori sejenis bakteria yang mengakibatkan gastrik, ulser perut dan kanser perut.
Antara khasiat Serta Manfaat Habbatus Sauda secara Khusus
Habbatus Sauda Sebagai Anti-Kanser
Habbatus Sauda mampu bertindak sebagai anti-kanser semulajadi dalam tubuh. Pada suatu kongres kanser yang berlangsung di new delhi, Immuno-biology Laboratory dari South California telah membentangkan kajian berkaitan dengan ini. Habbatus Sauda dipercayai dapat merangsang badan dalam menghasilkan antibody semulajadi untuk menghalang pembentukan sel-sel kanser.
Dalam satu ujikaji thymoquinone dan thymohydroquinone yang terdapat dalam Habbatus Sauda telah diberikan ke atas tikus. Hasilnya, 52% sel kanser yang ada pada tikus tersebut telah berjaya dikurangkan. Manfaat thymoquinone dan thymohydroquinone ini turut disokong oleh kajiah yang telah disiarkan dalam jurnal Biochem Pharmacol.
Dalam satu kajian oleh National University of Singapore mendapati thymoquinone dan thymohydroquinone mampu menurunkan risiko kanser payudara serta dapat mencegahnya.
Habbatus Sauda Menaturalkan Racun Dalam Tubuh
Habbatus Sauda yang diambil berupaya menjadi agen detox bagi tubuh. Racun yang masuk setiap hari dalam badan kita selalunya datang daripada makanan yang kita makan seperti makanan ringan, air berkarbonat dan makanan yang mengandungi perasa, pengawet serta pewarna tiruan.
Menurut kajian Dr. Ghomidi dari University King Faisal, Damam, ada menyatakan bahawa kandungan Habbatus Sauda dapat menurunkan kadar carbon tetrachloride dalam hati. Malah terdapat kajian lain yang telah diterbitkan dalam Majalah Phytother Res, 2003 mendapati tikus-tikus yang diberi minyak Habbatus Sauda mempunyai risiko yang lebih kecil daripada kerosakan hati akibat racun yang diberikan.
Risiko Diabetes Dapat Dikurangkan Dengan Habbatus Sauda
Dalam satu artikel majalah Tohoku J Exp Med, pada terbitan September 2003, ada menceritakan suatu kajian telah dijalankan oleh penyelidik Turkey bagi mengkaji kesan Habbatus Sauda ke atas penyakit diabetes.
Kajian telah dilakukan ke atas 50 ekor tikus yang mempunyai diabetis. Tikus-tikus tersebut telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama, tikus-tikus tesebut diberi minyak Habbatus Sauda selama 30 hari berturut-turut. Manakala kumpulan kedua hanya diberikan cairan mineral tanpa minyak Habbatus Sauda.
Hasilnya tikus-tikus yang diberi minyak Habbatus Sauda secara rutin mengalami penurunan kadar gula dalam darah dan peningkatan penghasilan insulin dan peningkatan aktiviti sel pankreas. Kesimpulan daripada kajian tersebut membuktikan Habbatus Sauda mampu membantu pasakit diabetes dalam merawat atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko penyakit diabetes.
Habbatus Sauda Menguatkan Sistem Imunisasi Badan
Menurut Profesor G Reimuller, Pengarah Institut Immunologi, Universiti Munich, Habbatus Sauda mampu menguatkan sistem imunisasi tubuh dan menjadikan tubuh lebih kuat dalam menangkit serangan pelbagai penyakit.
Habbatus Sauda yang tinggi kandungan protein, vitamin dan mineral tentunya tidak menghairankan ia mampu menguatkan tubuh daripada dijangkiti pelbagai penyakit.
Manfaat Habbatus Sauda Untuk Para Ibu
Habbatus Sauda mengandungi Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 yang sangat baik untuk perkembangan janin dalam kandungan. Ia juga dapat membantu pertumbuhan dan daya imunisasi bayi dan kanak-kanak.
Menurut kajian oleh Universiti Potchestroom pada tahun 1989, kandungan yang terdapat dalam Habbatus Sauda sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu ibu sehinggakan ibu-ibu yang hanya mampu menghasilkan susu yang sedikit dapat menghasilkan susu yang secukupnya untuk bayi mereka.
Terdapat banyak lagi manfaat Habbatus Sauda yang belum kami senaraikan di sini. InsyaAllah dalam kesempatan lain kami akan ulas lebih lanjut tentang kebaikan dan manfaat lain Habbatus Sauda.
DAPATKAN MINYAK HABBATUS SAUDA GRED A1 DI JOMSUNNAH.COM





Ulasan
Catat Ulasan